LIKE disini :)

Jumaat, 18 Mac 2011

Budaya Seks Bebas - "Biasa Lar Tuu..!" , Biasa Ke?

Assalamualaikum.hoh!agak serious tajok entri budak shira kali nie yea?serious tak serious..itulah hakikat dunia sekarang nie.bukan di barat saje, kat malaysia pun dah sangat biasa kita dengar semua nie kan?kalu tak, tak kan lah selalu keluar berita pasal buang bayi.


Istilah 'Biasa la tu!' dalam kalangan remaja sekarang memang betol betol dah biasa bagi kita semua.ye tak? contohnya seperti situasi nie - sorang kawan A ajak sorang kawan B ponteng sekolah, lepak kat Mall. yang kawan B nie plak still rase takot takot and cakap kat kawan A, "aku takot lah, mane tau ade polis nampak?tak pun mak ayah aku nampak aku lepak kat mall tu macam mane?habis lah aku kalau macam tu." kawan A plak jawab, "alah kau nie, biasa la tu! kalau setakat lepak lepak nie. takde bende lah! dah lah, tak payah banyak cerita. jom ikut aku!" - tengok tu? ade jugak ayat 'biasa la tu'. korang sedar tak? ayat yang ciput tu sebenar nye sangat sangat power, tau tak? kenapa? sebab ayat tu hampir 100% berjaya mempengaruhi minda remaja untuk melakukan something yang tak sepatutnya. hebat tak?


kebiasaannya, kes lepak lepak tu tak habis kat situ. mesti dorang ade adegan tersendiri.korang rase dorang pegi lepak tu setakat berdua je ke? -kawan A and kawan B- tak kan? mesti ade couple. mesti ade boyfriend. dan, korang rase dorang tu setakat melepak je ke?tak kan? dorang mesti pegi karaoke, dalam bilik gelap tu dorang buat ape? bukan setakat terpekik terlolong merosakkan lagu je kan? korang rase? lepas ape yang dorang buat dalam bilik gelap tu, dorang pegi mane pulak? korang rase rase? ishh banyak nye rase rase. bosan lah! baik lah, kita lihat gambar gambar ni :-











perlu tak kita kaburkan muka? tak kot? and, tujuan saye upload pic2 nie bukan utk kotorkan blog saye nie tapi nie lah realiti nye :)
apa yang dilakukan oleh kaum Lut pada zaman dahulu dengan budaya seks bebasnya sedang melanda dunia hari ini. malah lebih dahsyat lagi. antara budaya negatif yang jadi ikutan remaja sekarang ni adelah budaya hedonisme. apekah? budaya hedonisme nie adelah satu doktrin yang menjadi menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan. oke nie lah nama penyakit yang serang kita sekarang nie. keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan. ermm! rase nye tak salah kalu kita nak meraikan sesuatu dengan kesoronokan, tapi berpada pada lah. jangan sampai body tu jadi bahan keseronokan. 


erm menurut kajian, ade beberapa punca yg dah pun dikenal pasti dalam budaya seks bebas nie. antara nye :-



  • Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
  • Leluasa Pornografi
  • Si Gadis Galak Berfesyen
  • Lelaki Dayus
  • Hilangnya Suara Ibu Bapa
  • Tiada Penerapan Syariat dan Hukum Islam (Hudud)

kesimpulan nye, tolong lah hapus kan ayat power 'Biasa lar tuu..!' dalam percakapan harian dan berhenti mengamalkan pergaulan bebas. kita nie mesti tak nak hidup dalam suasana kacau bilau kan? kalau dah budaya seks bebas nie makin berleluasa, dah tentu ada anak anak haram lahir di dunia nie kan? makin banyak lah kes pembuangan bayi di negara nie, tak kurang juga lahirnya seorang anak yang meneruskan hidupnya tak berayah. korang sume tau kan ape akibat nya kelahiran anak anak haram nie? so, please lah kawan. stop buat semua tu! 

ape semua nie? inilah hasil daripada manusia yang tak sedar dek untung tu!



sekian, wassalam! :)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

zman skrg nieh . ish ish ish .

Shira Afya Hashim berkata...

dunia akhir zaman...semua yg mungkar jadi perkara biasa..

Claudia R berkata...

Biasa lat tuu... !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Shopping utk yg TerSayang :)