LIKE disini :)

Jumaat, 16 September 2011

Jawatan Kosong : Teman Lelaki Diperlukan SEGERA!!!



JAWATAN KOSONG!
TEMAN LELAKI UNTUK DILANTIK!

VACANCY!
BOYFRIEND FOR HIRE!

HAH! Terkejut kah anda? Mendengar (eh silap..) , membaca tajuk entri yang agak vravravroom nie?

Jangan terkejut, perkara ini BENAR BENAR terjadi !
terjadi dalam pelbagai peingkat usia, tak kira remaja (budak skola..dlm erti kata lain), belia, dewasa, atau pun makcik pakcik yang dah nak menjadi warga emas tu.
ini serious.

oh ye, sebelum terlupa, sebenar nya entri nie berbentuk umum ye, bukan ditujukan khas untuk kaum hawa je, memandangkan tajuk entri tu tertulis 'Teman Lelaki' aje, takde tulis 'Teman Wanita'
hehe.
oke kiter sambung.

Dalam kehidupan nie, dah memang Allah SWT jadi kan hambaNya berpasangan, kita faham dan akui tentang itu, betul kan? (angguk cepat..)
tapi kadang-kadang, kenapa ye saya selalu terjumpa dengan seseorang yang tak boleh hidup single, mingle, solo dan molo?
saya sangat sangat tertanya tanya pasal persoalan ni.
ada sesetengah org tu, beliau dah mengalami satu pengalaman agak ngeri dengan pasangan sebelum nya, tapi kenapa selepas berpisah dengan pasangan tersebut, beliau masih tidak serik untuk mencari pengganti?
perlu sangat ke untuk mencari teman istimewa? tak cukup ke dengan apa yang dah ada sebelum nie?
hurmm.mungkin beliau masih belum cukup enjoy?
biasa nya 'beliau' yang selalu ada dalam situasi nie adalah seorang yang dah pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau dalam kata erti lain, beliau dah dewasa larh..
kadang kadang kiter pikir, takpe lah kot beliau macam tu? dia dah dewasa, boleh pikir sendiri?

kes lain plak,
remaja. budak sekolah. budak baru nak masuk kolej.
macam mana ni?
kenal dalam myspace atau facebook 1 jam, sayang 1 hari, cinta 1 minggu, couple 1 bulan, lepas tu putus. nangis beriya-iya, kalau boleh banjir rumah dia, dah lama banjir. tapi, dalam masa 2 minggu kemudian, jumpa couple baru?
aiseimen. lu kenal, sayang, cinta, couple apa tu dik?
ada yang lagi teruk, dalam couple 1 bulan tu, adoii parah !
'U tak boleh kawan dengan jantan tu lagi, I tak suke! I tau jantan tu nak rampas U daripada I!'
'U sayang I kan? bagi lah I rasa u sikit?sikit2 je'
tu baru 29 hari, masuk hari ke 30 - 'U, I rasa kiter tak sesuai lah, kiter putus je larh k? bye'
ha macam tu je. senang giler cinta zaman sekarang nie.
boleh testing try pandu uji dulu, kalau nak..ambik. kalau tak nak? campak larh..apa lagi. puii!

tapi apa apa pun, bukan lah saya bersusah payah menaip entri nie untuk mengutuk mengata kalian ok, saya tau..ada yang tulus ikhlas kat luar sana tu. saya faham.
cuma segenlintir hamba Allah nie, pemikiran nya agak tak boleh pakai sikit. tak tahu lah kenapa.
harap harap saya tak jadi macam tu nanti. amin ya rabbal al amin.

itu saje.
terima kasih sebab sudi membaca. sekian !
assalamualaikum !

5 ulasan:

Fadzmie Mohamad berkata...

Amin. ^^

Manusia ni pemikiran dia ada macam-macam stail. Ada yang matang fikiran sebelum matang luaran. Ada yang matang luaran sebelum matang fikiran. Kan? Hehe.

Nur Zulaikha berkata...

teruk dah muda mudi remaja masa kini..jom tambah ilmu dgn ni..
http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/06/couple-islamik-biar-betul.html

Miss Dolce and Gabbana berkata...

yeah..kadangkala aku pun tak faham dengan istilah relationship kanak2 zaman sekarang.Haru! :))

Shira Afya Hashim berkata...

Cik Fadzmie Mohammad,
yea betul tu, bak kata pepatah lain padang, lain belalang nye. hehe.

Cik, Nur Zulaikha,
memang teruk, teruk semakin teruk..

Miss Dolce and Gabbana,
syae pun tak paham jugak. bila pikir balik, rasa macam geli je? huhu

by the way,
thanks guys..sbb sudi baca entri and ziarah blog Miskin saye! :)

IFA Athirah berkata...

adoi..cinta monyet betul! http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Shopping utk yg TerSayang :)