LIKE disini :)

Memaparkan catatan dengan label budaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budaya. Papar semua catatan

Jumaat, 16 September 2011

Jawatan Kosong : Teman Lelaki Diperlukan SEGERA!!!



JAWATAN KOSONG!
TEMAN LELAKI UNTUK DILANTIK!

VACANCY!
BOYFRIEND FOR HIRE!

HAH! Terkejut kah anda? Mendengar (eh silap..) , membaca tajuk entri yang agak vravravroom nie?

Jangan terkejut, perkara ini BENAR BENAR terjadi !
terjadi dalam pelbagai peingkat usia, tak kira remaja (budak skola..dlm erti kata lain), belia, dewasa, atau pun makcik pakcik yang dah nak menjadi warga emas tu.
ini serious.

oh ye, sebelum terlupa, sebenar nya entri nie berbentuk umum ye, bukan ditujukan khas untuk kaum hawa je, memandangkan tajuk entri tu tertulis 'Teman Lelaki' aje, takde tulis 'Teman Wanita'
hehe.
oke kiter sambung.

Dalam kehidupan nie, dah memang Allah SWT jadi kan hambaNya berpasangan, kita faham dan akui tentang itu, betul kan? (angguk cepat..)
tapi kadang-kadang, kenapa ye saya selalu terjumpa dengan seseorang yang tak boleh hidup single, mingle, solo dan molo?
saya sangat sangat tertanya tanya pasal persoalan ni.
ada sesetengah org tu, beliau dah mengalami satu pengalaman agak ngeri dengan pasangan sebelum nya, tapi kenapa selepas berpisah dengan pasangan tersebut, beliau masih tidak serik untuk mencari pengganti?
perlu sangat ke untuk mencari teman istimewa? tak cukup ke dengan apa yang dah ada sebelum nie?
hurmm.mungkin beliau masih belum cukup enjoy?
biasa nya 'beliau' yang selalu ada dalam situasi nie adalah seorang yang dah pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau dalam kata erti lain, beliau dah dewasa larh..
kadang kadang kiter pikir, takpe lah kot beliau macam tu? dia dah dewasa, boleh pikir sendiri?

kes lain plak,
remaja. budak sekolah. budak baru nak masuk kolej.
macam mana ni?
kenal dalam myspace atau facebook 1 jam, sayang 1 hari, cinta 1 minggu, couple 1 bulan, lepas tu putus. nangis beriya-iya, kalau boleh banjir rumah dia, dah lama banjir. tapi, dalam masa 2 minggu kemudian, jumpa couple baru?
aiseimen. lu kenal, sayang, cinta, couple apa tu dik?
ada yang lagi teruk, dalam couple 1 bulan tu, adoii parah !
'U tak boleh kawan dengan jantan tu lagi, I tak suke! I tau jantan tu nak rampas U daripada I!'
'U sayang I kan? bagi lah I rasa u sikit?sikit2 je'
tu baru 29 hari, masuk hari ke 30 - 'U, I rasa kiter tak sesuai lah, kiter putus je larh k? bye'
ha macam tu je. senang giler cinta zaman sekarang nie.
boleh testing try pandu uji dulu, kalau nak..ambik. kalau tak nak? campak larh..apa lagi. puii!

tapi apa apa pun, bukan lah saya bersusah payah menaip entri nie untuk mengutuk mengata kalian ok, saya tau..ada yang tulus ikhlas kat luar sana tu. saya faham.
cuma segenlintir hamba Allah nie, pemikiran nya agak tak boleh pakai sikit. tak tahu lah kenapa.
harap harap saya tak jadi macam tu nanti. amin ya rabbal al amin.

itu saje.
terima kasih sebab sudi membaca. sekian !
assalamualaikum !

Isnin, 18 April 2011

Shira MENTOR dan Shira S*KS?? | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ chak chakk chakkk! haha.. dah lame tak jumpa korang kan? kan kan kan? jumpa ke? ahh make it easy lar..korang masuk blog miskin nie, kira nye korang berjumpa dengan shira lar tu. adoii mak. hehe. eh korang pe kabar ae? semalam tengok mentor tak? ratnah the best wook! haha. dah dah dah..cukup lah. korang pun dah nak berangkat pergi tu kan..tau nye. huh! sampai hati engko. wuwuwu~

OH yeah, sebut pasal mentor. ade satu citer nak gitau nie..boleh kata lawak lah kot. kat mentor 5 sekarang, ade protege baru tau! name nya SHIRA. sila percaya sekarang oke. kalau tak percaya, anda akan diluku-hendap. macam mane tu? tanya cikgu tadika Fazura punya jiran punya sedara :D tak nak percaya jugak? oke tak ape, korang tengok nie :-

sila abaikan circle kaler pink tu. nie image recycle :D
ha nampak?? shira mentor! ternyata benar kan? hehe. tettt!~  korang rase tertipu ke? maaf lah. saye tak cakap pun memang betol-betol betol. huhu. jangan marah tau, nanti saye hantar kat lelong dot com jap lagi. hehe. eh macam klakar kan? mesti keyword writer nie typo. nak taip shiha tertaip shira. by the way, thanks lah yea! cuz tersinggah blog miskin nie,. datang lagi tau! ^^,

YEAH tu yang kelakar, sekarang nie nak citer something yang annoying plak. ishh! marah betol nie. ade ke patut? patut ape? eh patut ke ada orang tak bertamadun tu pegi cari shira s*ks? ahh korang sendiri tau lah ape tu. mencik mencik! macam mana bleh tersangkut kat blog miskin saye nie pon tak tau. tengok nie :-

grrrrrr!~
kepada sang durjana nie. sila lah taubat cepat2 daripada korang sibuk2 mencari benda benda macam tu, lebih baik korang pegi cari artikal2 berilmiah sikit. s*ck tau! grr!~ kesian blog miskin ku nie, jadi mangsa kepada manusia begok macam dia. marah nie tau..marah!

Jumaat, 18 Mac 2011

Budaya Seks Bebas - "Biasa Lar Tuu..!" , Biasa Ke?

Assalamualaikum.hoh!agak serious tajok entri budak shira kali nie yea?serious tak serious..itulah hakikat dunia sekarang nie.bukan di barat saje, kat malaysia pun dah sangat biasa kita dengar semua nie kan?kalu tak, tak kan lah selalu keluar berita pasal buang bayi.


Istilah 'Biasa la tu!' dalam kalangan remaja sekarang memang betol betol dah biasa bagi kita semua.ye tak? contohnya seperti situasi nie - sorang kawan A ajak sorang kawan B ponteng sekolah, lepak kat Mall. yang kawan B nie plak still rase takot takot and cakap kat kawan A, "aku takot lah, mane tau ade polis nampak?tak pun mak ayah aku nampak aku lepak kat mall tu macam mane?habis lah aku kalau macam tu." kawan A plak jawab, "alah kau nie, biasa la tu! kalau setakat lepak lepak nie. takde bende lah! dah lah, tak payah banyak cerita. jom ikut aku!" - tengok tu? ade jugak ayat 'biasa la tu'. korang sedar tak? ayat yang ciput tu sebenar nye sangat sangat power, tau tak? kenapa? sebab ayat tu hampir 100% berjaya mempengaruhi minda remaja untuk melakukan something yang tak sepatutnya. hebat tak?


kebiasaannya, kes lepak lepak tu tak habis kat situ. mesti dorang ade adegan tersendiri.korang rase dorang pegi lepak tu setakat berdua je ke? -kawan A and kawan B- tak kan? mesti ade couple. mesti ade boyfriend. dan, korang rase dorang tu setakat melepak je ke?tak kan? dorang mesti pegi karaoke, dalam bilik gelap tu dorang buat ape? bukan setakat terpekik terlolong merosakkan lagu je kan? korang rase? lepas ape yang dorang buat dalam bilik gelap tu, dorang pegi mane pulak? korang rase rase? ishh banyak nye rase rase. bosan lah! baik lah, kita lihat gambar gambar ni :-











perlu tak kita kaburkan muka? tak kot? and, tujuan saye upload pic2 nie bukan utk kotorkan blog saye nie tapi nie lah realiti nye :)
apa yang dilakukan oleh kaum Lut pada zaman dahulu dengan budaya seks bebasnya sedang melanda dunia hari ini. malah lebih dahsyat lagi. antara budaya negatif yang jadi ikutan remaja sekarang ni adelah budaya hedonisme. apekah? budaya hedonisme nie adelah satu doktrin yang menjadi menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan. oke nie lah nama penyakit yang serang kita sekarang nie. keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan. ermm! rase nye tak salah kalu kita nak meraikan sesuatu dengan kesoronokan, tapi berpada pada lah. jangan sampai body tu jadi bahan keseronokan. 


erm menurut kajian, ade beberapa punca yg dah pun dikenal pasti dalam budaya seks bebas nie. antara nye :-



  • Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
  • Leluasa Pornografi
  • Si Gadis Galak Berfesyen
  • Lelaki Dayus
  • Hilangnya Suara Ibu Bapa
  • Tiada Penerapan Syariat dan Hukum Islam (Hudud)

kesimpulan nye, tolong lah hapus kan ayat power 'Biasa lar tuu..!' dalam percakapan harian dan berhenti mengamalkan pergaulan bebas. kita nie mesti tak nak hidup dalam suasana kacau bilau kan? kalau dah budaya seks bebas nie makin berleluasa, dah tentu ada anak anak haram lahir di dunia nie kan? makin banyak lah kes pembuangan bayi di negara nie, tak kurang juga lahirnya seorang anak yang meneruskan hidupnya tak berayah. korang sume tau kan ape akibat nya kelahiran anak anak haram nie? so, please lah kawan. stop buat semua tu! 

ape semua nie? inilah hasil daripada manusia yang tak sedar dek untung tu!



sekian, wassalam! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Shopping utk yg TerSayang :)