LIKE disini :)

Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

Blog HeyShira! ilham rancangan Astro?

Assalamualaikum!~ yeah jumpa lagi..kecing kecing! haha. hari nie ada citer hot nak bagi tau nie. tengok title jea mesti korang dah terkinja kinja nak tau? ye ke? -.-"
alah takpelah, kalau korang wat dunno jea pon, tak ape.nak citer jugak :)

korang ada astro kat rumah tak? komfem ada kan walaupun bil astro makin meningkat skrg ni. bencik tol! tapi, pada yang takde astro kat rumah tu, korang jangan rasa kekurangan plak, korang tu lah yang lebih daripada kitorang yang ada kuali kat bumbung rumah nie tau. pasal apa? pasal duit korang tak abeh dok melabur kat tauke astro yang untung juta juta tiap bulan tu!

oke stop merepek-repekan.
semua tau yang Akademi Fantasia 9 dah lama pun habis kan. semua orang tau yang juara nya adalah Hazama kan. and semua orang tau jugak yang setiap juara AF tu mesti ada rancangan susulan drpd kejuaraan dia tu kan, alah macam Diariku..SHAHIR :) 
ha! kat sini nak bagitau, tajuk rancangan terbitan astro tu kan Hey Hazama! kan? oke, next..pe nama blog miskin nie? cer teka cer teka. hehe. nama blog nie ialah Hey Shira! awal2 ampa masuk blog nie, mesti dah terbaca kat header tu kan. hehe.


so, nak heboh sikit lah kan sini yea, astro nie mendapat ilham untuk tajuk rancangan tu adalah daripada blog miskin nie.! blog miskin nie dah tak miskin dah! dah kaya, sebab dapat royalti 6 episode! terima kasih banyak2 yea pihak astro, atas jasa baik astro sebgi mengantikan royalti 6 episode tu, kitorang buat deal. aku tak payah bayar sewa kuali selama 2 bulan!

serious aku tipu!!!

hehe. ada yang percaya? jangan marah :)
tu jea nak merepek hari nie. bye bye :)

Jumaat, 10 Jun 2011

Gitar dan Akustik | nak main gitar online tak?

Assalamualaikum!~
alhamdulillah kita jumpa lagi hari nie. suka tak suka tak? angguk lah untuk jaga hati aku. *gedik*
ok, sempena hari jumaat yang berbahagia bukan berbahaya nie, aku nak cakap pasal gitar, dan akustik.
umum tau pe tu gitar kan? pe tu akustik kan? alah tak tau ke?
alahai. gitar lah..kuih yang macam lepat pisang tu, tapi dia macam kuih apam plus donut. akustik tu plak nama hamster anak rozita che wan. tau kan? tipu je lah kalau tak tau.
kita kan rakyat malaysia yang aman makmur walaupun PEKIDA dah bagitau nak saman Syamsul Yusof and Farid Kamil. haha. *ape kena mengena nie?*

cukup cukup. sebelum korang melangkah pergi, lebih baik aku stop merepek. bukan lawak sangat pun kan? mesti korang menyampah kan. oke lah. back to topic.

image credit to syedgraphix.com
semalam. ingat tak semalam? semalam adalah hari ulang tahun Les Paul. siapa kah itu? errrr tak pasti lah. namun, bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran Les Paul. pihak Google begitu baik hati sehingga buat webpage dan doodle khas tau. haa...korang mesti gila main gitar kat google.com semalam kan? tau dah.. aku pun sama. walaupun aku ni memang tak reti langsung main gitar, tapi nak jugak lah merasa petik gitar tu kan. hehe.

sebenarnya aku bukan lah nak cerita apa pun, just nak bagi korang dengar satu lagu nie, memang menyayat hati lah beb. dia main lagu tu dengan gitar, sebab tu lah aku buat cerita gitar as intro. best lah jugak. aku sarankan korang pergi ke web nie : kongsicintadotcom .
ha pergi ke web tu, dan dengar lah. please ok, demi cinta. haha jiwang sudah.

baiklah, sampai sini je penulisan mengarut aku. sebab aku ni bukan pandai sangat buat ayat, makin merepek nanti, korang lari laju laju plak. so akhir kata, rajin rajin kan jari untuk klik link yang aku bagi tu k [kongsicintadotcom]. ok, wassalam.. take care and be awesome!

p/s : sebelum terlupa, kepada korang yang teringin nak main gitar macam kat google semalam tu. korang still ada peluang lagi tau, klik link nie : andyhowtt.gapuranetwork.net 

Isnin, 18 April 2011

Bila Blogger FAMOUS menerjah Blog MISKIN | mentollampu!

Asslamualaikum!~ hoyea kita berjumpa lagi panjang lagi jodoh kita yea. alhamdulillah. doakan berpanjangan sampai bila bila yea. haha. macam ejen cari  jodoh pla rase nya. oke suda cukup dengan rapuan dan repekan serta karutan. jom kita go straight , jangan belok belok lagi da.

YEAH blogger famous amos datang menyinggah di blog miskin saye nie. sangat terharu tau. sungguh tak sangka lah. almaklum blog saye nie blog miskin. ape jea lah yang ade kan. nuffnang pun baru collect 65sen jea. hehe. ape kena mengena plak kan? haha. 

actually, saje jea nak bangga diri jap, cuz blogger yang saye adore jenguk jenguk blog  saye nie. bukan ape pun. tapi tiba tiba terpikir nak olah pasal nie. cuz selalu nya, kita pikir..blogger otai atau famous tu tak jenguk langsung blog korang ye tak. padahal korang giat bersusah payah merentas kolam renang olimpik untuk melawat blog dorang, komen entry entry dorang kan. metafora.

jadi, saye dengan penuh ke-eksaited-an nye nak bagitau kat korang yang blogger famous - Solihin Zubir dan Budak Lelaki Sebelah Pintu - mengunjung balas kunjungan saye! hoh! jakun nye saye? alah biasa lah. saye kan budak baru belajar di luar pagar. memang lah macam nie gaya nye. hehe. saye memang adore dorang nie tau. kenapa yea? sebab kedua-dua blogger nie selalu menghasilkan entry yang brilliant. suka sangat. eh korang tak percaya ke dorang datang menjengah? oke tak ape, tengok nie :-

yang dalam bulatan tu, encik SZ. 1st networkedblogs follower sy :)
yang dalam bulatan tu, encik sz follow blog Hey!Shira!. yang ke 133! :)
dah follow tu, encik sz siap komen entry saye lagi tu. terharu nye!
ha tengok! da percaya ? alhamdulillah. tapi ade lagi satu kan? budak lelaki yang muka ala Azam Pitt tu, jangan dilupa :) tengok nie :-

dalam bulatan tu lah encik budak lelaki :)


yeah yang dibulat2 tu lah fokus saye dalam entri nie. anda kenal mereka? tipu lah kalu tak kenal. hehe. image di atas di screen shot kan dari nuffnang. saye tak tau lah kalu nuff tipu tipu saye lagi ke ape, tapi nuff betol betol dah buat saye terbang sebentar nie. tak bagi duit pun takpe! haha. melampau nye. metafora jea lebih. oh yea, yang lain tu terpakse dikaburkan untuk menjaga hati , maaf yea :)

akhir kata, conclusion yang bleh kita buat kat sini adalah - jangan pikir blogger otai tu tak kunjung balas ke blog kita, dorang berkunjung jugak tapi tak sempat nak tinggalkan jejak. almaklum, blogger famous kan. banyak lagi blog nak dikunjung balas. - yeah sekian saje, wassalam ! take care and be awesome ! klik-klik lah nuff, heartbeat and SAYS.my tu yea :)


pakpongpakpong : terima kasih banyak2 kat 28 org yang LIKES blog saye di fb! :)

Khamis, 14 April 2011

Girlfriend Justin Bieber - Selena Gomez Lepak dengan Nick Jonas


Assalam!~ yeah pagi pagi nie kita gosip dulu oke, haha. SELENA GOMEZ LEPAKing DENGAN EX BF, NICK JONAS! wah. haha. aipp sebelum tu, nak bagitau shira bukan peminat JUSTIN BIEBER and JONAS BRothers. dua dua JB nie tak minat la :) amboi shira nie skrang asik gosip-gosipan je kan. ishh.

relax, kita nak chill jap jea. lepas tu, korang jangan lupa baca entry berilmu. sila klik label ilmu. hehe. ok, terus ke cerita selanjutnya. yeah, media barat cakap, dorang nampak si selena nie hang out dengan Jonas Brothers star , Nick Jonas. and paling menarik is, selena gomez cakap Nick was a lovely guy. - ayat penuh : Nick is a very good friend. He’s a lovely guy, we’re good friends and I enjoy his company! -


curang ke Selena Gomez nie? ahha. tak tau. lantak korang ler. aku tak kesah pun. saje nak kepochi pasal nie cuz nak buat Bieber fans marah. wekks! mcm budak budak! dah lah, nak pegi tunaikan kewajiban dulu. tata!



Selasa, 12 April 2011

Azam Pitt? adik beradik Brad Pitt ke?


Assalam!~ saye mengupdate lagi :) nak citer pasal Azam Pitt pulak. hehe. almaklum dia nie macam pisang goreng panas hari nie, cuz baru kuar kat MHI pagi tadi (thanks cuz memampangkan saye kt tv hari nie). mesti traffic naik mencanak nie. HEHEHE. gelak jahat.

1st of all, Azam Pitt tak ade kaitan dengan Brad Pitt, Berat Pitt atau pun Ringan Pitt. Azam Pitt is the only Azam Pitt yang berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang, kalu tak salah. 2nd thing, Azam Pitt adalah bekas peserta MyStarz LG TV3 musim berapa tah. kat gambar atas tu tertulis MSLG3. musim 3 lah kot. ade ke? tak tau. tak layan MyStarz. huhu. maap maap maap. 3rd. Azam Pitt ada melakonkan satu filem pendek bertajuk Chukang. keje kat pusat urut gay. woot woot!~ korang bleh tgk filem tu kat YouTube.

apehal budak shira nie tetibe tertarik nak buat entry pasal Azam Pitt? pasal dia hensem? tett! salah! honestly, sebab lagu dia best! DEBAR. tu lah yang saye suke tu. kualiti yang penting. rupa campak tepi. haha. keji. tak ade lah campak tepi, i mean rupa tu jatuh nombor 2,3,4 takpun 5. lagi pun, suara vokal azam pitt nie okelah. bleh tahan. tak caye? korang dengar lah sendiri :)



Debar by Azam Pitt

ha yang nie plak, filem pendek yang dilakonkan Azam Pitt.
saje je tempek sini, tak nak menyusahkan korang g cari2 kt Youtube tu. nanti korang jumpa benda lain plak.
hehe.

part 1

part 2

enjoy it! :)
sekian saje,
until then, take care and be awesome!
wassalam!~

pakpongpakpong :  muka Azam Pitt macam iras iras blogger femes amos, Hizami Rahim kan? :)


UPDATE : Nama sebenar Azam Pitt adalah Ahmad Azam bin Pitt

Cubaan Lady GaGa menghasut remaja Malaysia | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ selamat pagi, selamat bekerja, selamat hari selasa, selamat membaca entry :) yeah. Cubaan Lady GaGa menghasut remaja Malaysia. maaf saye tau saye dah lambat untuk update citer nie, tapi..apedehal. nak update jugak psl nie. bukan semua orang dah tau kan? termasuk saye sendiri :p

baru baru nie, seluruh stesen radio di Malaysia telah diarahkan oleh pihak berwajib untuk menghentikan sebarang pemasangan lagu Lady GaGa. Ini kerana kebanyakkan lirik lagu GaGaK nie terutama yang terbaru,  Born This Way betul betul melampau apabila cuba memesongkan akidah remaja di Malaysia.

Ha lepas tu, GaGaK tu pun naik hantu lah bila dapat tau pasal nie, kat bawah nie ada keratan akhbar pasal ulasan GaGak :-


menyampah betol lah dengan Lady GaGa nie sekarang. siriyes menyampah habis. lps kuar lagu Born This Way tu makin daring mamat mamat gay kat Fesbuk. tah ape ape lah. dunia akhir zaman. negatif tapi realiti.

Isnin, 11 April 2011

Siapa yang GATAL sangat dalam Malaysia ni? | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ waaa title entry macam nak mengamuk jea? sabar sabar. bak kata johan - sabar subur, tak sabar masuk kubur - apa yang subur? sayur bayam belakang rumah dia. haha. oke, cukup dengan intro karut kerepek pisang nie.

korang nak tau siapa yang gatal? and apa hal saye cakap gatal? tengok nie :-

Keywords minggu ke3 mac

keyword minggu ke4 mac n awal april
terkini !

p/s : traffic blog saye mmg tak tinggi mencanak mcm korang
ha hampa tengok ! berapa ramai yang kalut dok carik blog abg hensem dalam malaysia nie? awat nya depa jadik lagu nie? eh hampa ghasa ghasa la kan..nie sume keja perempuan ke lelaki? tett! dah sementara hampa dok pikiaq tu..saya undur diri dulu la naa..guruh petir segla mak datuk ada nie. sat g meletop lak pc nie. sekian, wassalam ! :)

UPDATE : nak cari blog abg hensem? klik nie >> abghensem.blogspot.com and abangensem.com :)

Jumaat, 8 April 2011

MARIA FARIDA dalam filem DATIN GHAIRAH | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ pagi pagi dah kuar tajuk macam harem. haha. maaf lah. dah terjumpa topik nie plak time pagi pagi. nak buat macam mane. eh saye dah terlambat mengupdate pasal filem nie ke? saye ketinggalan ke? ala tak pe la. adat lah tu budak baik macam budak shira nie selalu ketinggalan. HAHA.

oke, pasal filem Datin Ghairah. saye tak ade info sgt lah pasal filem nie. bila ditayangkn pun tak tau. yang saye tau, pelakon filem nie adalah Marida Farida & Aaron Aziz dan diarahkn oleh Sabree Fadzil. tak ape lah kan, korang tengok lah antara shot terbaikkkk dari ladang pisang nie yea :)

jeng jeng jeng...haha
chak chak chak! haha
ga ga ga ! haha
tadaaaa! hahaha
Aaron Aziz & Maria Farida
yeah tu lah dia. macam mana? rasa2 filem nie oke ke? no komen :p okelah, nak g cari topik baru! tinggalkan korang dengan ost Datin Ghairah.


 until then, take care and be awesome!

pakpongpakpong : psss! Paris Hilton kena saman! HAHA!

Khamis, 7 April 2011

Victoria & David Beckham Jemput Justin Bieber Datang ke Rumah Dorang!

Assalamualaikum!~ eh citer hangat nie. belom tersebar kat mane2 portal gosip di malaysia nie tau. saye yang tau dulu. power tak? eh angguk cepat! haha. citer ape? ala citer nie lah..pasal Posh and Beckham ajak Bieber datang rumah dorang!

Mane saye tau? aii skrg nie kan dunia dah maju, zaman dah berubah. 2 hari lepas, si Posh nie punye lah eksaited yang amat sebab si Bieber Bibir Bubur nie (erk?) spent time lepak lepak kat pool rumah dorang dgn David Beckham sampai kecoh kecoh kat twitter nye! wuuuuuu!~

tapi saye nak korang tengok pic di bawah nie, perhatikan betol betol yea?

credit to : Victoria Beckham
mcm tak bleh kan saye kreditkn kt Posh :p
oke! ape yang korang nampak skrg?
bagitau cepat? cepat  lah.
-3 jam 8 min kemudian-
ha! dah dapat ape yang sepatutnya korang nampak?
hehe

sebelah Beckhy tu mcm cupboard je kan?
bukan Justib Bieber yg real.
haha.
saye tak tau ape motif sebenar Posh bikin havoc macam nie.

pakpongpakpong : follower skg 101. so, tinggal 10 org lagi ! :p

Selasa, 5 April 2011

Katy Perry Latest Hits - E.T is better than Lady Gaga song - Born This Way?

Assalamualaikum! ~ oke, entri kedua untuk petang nie. sementara ade masa, lebih baik mengupdate blog kesayangan nie kan. smabil sambil tu, leh gak cuci mata. hoho. ape yang cuci mata tu? ish! nak elak drpd tido petang jea lah :)


baiklah, berbalik kat tajuk kita sekarang nie. lagu terbaru Katy Perry yang bertajuk E.T lebih bagus drpd lagu Lady Gaga yakni Born This Way? korang rase rase? eh sebelom tu, nak tanye, korang dah dengar ke lagu E.T nie? dah tengok video klip lagu nie?bagi yang belom tengok, saye saran kan tengok lah cepat ! tapi bukan untuk tujuan lain, just nak menghiburkan hati jea. jangan terpengaruh dengan yang tak sealiran ngan agama kita tu yea, kawan kawan :) pada yang dah dengar and tengok plak, korang mesti dah tekan button LIKE kat video klip tu kan? best kan? kan kan kan? ish angguk jelah! tak nak ngaku lak. hehe.


tau lagu nie pasal ape? secara zahirnya lah kan, lagu nie pasal alien - si Katy nie fall in love dgn alien. huhu. cuz video klip nye pun pasal alien. memang berbeza lah dengan lagu Lady GagaP tu.lagu Lady Gaga tu pasal errr tah! menyampah jea. sayang lah diri sendiri and terimalah seadanya andai diri tu GAY/LESBIAN/TRANSEXUAL and bla bla bla. tolong lah GAGA weyh. cepok ngan berus gigi kang! saye memang lebih berminat dengan Katy Perry berbanding Lady Gaga. terutama nye dari sudut kedua-dua lagu nie. tapi kalu korang tengok kat YouTube, kat portal entertainment barat. masing masing dok gadoh lah aih. gadoh pasai apa? pasai Katy Perry nie dok tiru Gaga. kata nye lah. padahal tak pun. macam yang saye cakap tadi lah, lagu nie pasal alien. lagu gaga lak pasal..... -.-"


Katy Perry and Lady Gaga


antara best shot dlm video klip E.T

Dalam proses pembikinan Video klip E.T nie plak, Katy Perry bgtau saye, yang dia seronok sangat lah buat video clip macam nie. memang vravravroooom! nak bersiap and mekap untuk jadi alien nie pun amik masa 5 jam. memang lemah lutut, tanggal hidung lah. sebab tu kalu korang perasan, hidung Katy lain ckit dlm klip nie. haha! jahat. takpe, katy tak paham BM. ahaks. hasil nya, korang tengok lah sendiri k. nie adalah hasil yang terbaik drpd Katy Perry untuk Fans nye. huhu. saye nie sampaikan pesanan dr Katy je taw? okelah, taknak citer panjang dah. cuz ayat saye pon dah mula merapu. saye tinggal kn korang dgn video klip katy perry nie je ta? until then, take care and be awesome! wassalam ! :)


p/s : saye suke part yang bawah nie. chantek! :)



Khamis, 31 Mac 2011

Jackie Chan dah mati?? | oh! Ghenti kan lah rumors nie!

assalamualaikum
selamat malam
selamat hari khamis :)
maaf, in previous entry i said saye 'cuti' drpd mengupdate blog nie kan
tapi, hot news nie betol betol menggoda lah utk mengupdate. aisyy -.-"


jackie chan dah mati??
ouch! tolong lah
tu citer tipu jea,
jackie chan tak mati pun disebabkan serangan jantung macam yg dilaporkan dalam social networking nie
tipuuuuu jea. wat penat aku sedih :D

menurut status yg di update oleh beliau kat facebook nye, dia memang sihat walalfiat lagi wat mase nie.
tak de sakit sakit pun.
cuma dia tengah sibuk bersedai untuk filem dia yang terbaru. 
tak percaya? nak detail?
oke, klik sini >> Jackie Chan is Alive & Well <<


.....

by the way, kalau korang nak baca semua berita sensasi dari malaysia dari facebook, senang jea. klik Like kat page facebook nie !
and, kalau korang nak register ke SAYS.my , korang just klik pic kat bawah nie

ape tu SAYS.my? ade yg tak tau? oke, nt sy terang kan :)

pakpongpakpong :  kadang2 citer kt internet takleh caye jugak, tapi yang nie. sahih.

Rabu, 23 Mac 2011

...Dalam Botol - Negatif tapi Realiti





Negatif tapi Realiti. tak percaye? pergi search dalam facebook. ade paham? haha. statement nie macam meletop vravravroom pulak kan? tapi tu lah senario masa kini. tak payah nak tolak sangat lah kenyataan sekarang nie. citer dalam movie tu dah memang antara kisah benar dalam dunia nie tau. ooppss jangan kecam saye yea? 


nak tau satu citer tak? pasal mamat gay, tapi takdelah sampai tukar jantina bagai. maybe cuz dia adalah lelaki dalam 'hubungan' dia tu. kelaka oke! ade kenal sorang mamat nie, sebaya dengan saye. dia tu..budak pandai. upsr, pmr, spm dia memang cemerlang. penah jadi pelajar kat salah satu SBP berprestasi tinggi tau. muka pun..not bad. ala aliff aziz gitu. asal nya kenal kat myspace and skrg dah beralih kat facebook pulak. eh eh jap, saye kenal org, kenal macam tu jea, takde sampai mintak number phone and ajak jumpe bagai. itu bukan saye oke? mase di myspace dulu, tak tau plak yang dia tu gay. baru baru nie jea dapat tau citer sebenar. rupa nya 'citer chinto' yang dia ngadu selama nie bukan terhadap pompuan, tapi lelaki. grrr! demm! and ade lagi coter yang terbongkar, dari seorang yang rapat dengan dia sendiri. bagi tau saye yang dia tu dah __________ . ape tu? tah lah. tak nak cakap. takut tersalah plak kan. memang terkejut lah. ape hal lah dgn dia tu. pandai tapi B***H. astaghfirullah. - THE END.


oke, berbalik ke movie ...Dalam Botol. well saye rase sume orang tau tajuk asal filem nie kan? semalam saye tengok Fuhh! kat Tv3, ade review pasal movie nie. saye rase macam nak tengok jea citer nie, memandangkan scene yang tak sepatutnya tu dah kena cut, but still boleh ke umur di ambang 18 nie tengok? ahaks. filem nie telah dijayakan oleh Khir Rahman sebagai pengarah dan pelakon BOMBASTIK iaitu Arja Lee, Wan Raja, Normah Damanhuri, Diana Danielle, Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid dan Pekin Ibrahim. to those yang still tak tau citer nie pasal ape, jom kita tengok trailer movie nie dulu yea :-





and, ni plak sinopsis ...Dalam Botol.


Filem …dalam botol mengisahkan Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan gay iaitu mencintai kaum sejenis. Disebabkan terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakianya dan apabila tidak terbayar.


macam best kan? nie filem patut tengok nih ! hayatilah kisah benar yang dah diadaptasi kan dalm filem nie yeah :)


antara best scene dalam filem ...dalam Botol

pakpongpakpong :  saje jea share citer psl movie nie, actually otak tgh kering pun skrg nie :D




Selasa, 22 Mac 2011

Semakin DARING artis wanita Malaysia skrg nie. mesti BACA tau!

Assalamualaikum!~ selamat pagi, selamat hari selasa, selamat kembali ke dunia yang nyata. sudah sudah lah tido tu, tak baik untuk kesihatan tau tido banyak banyak nie. bangun cepat! saye ade benda nak share nie! eishh cepat lah! saye sorok bantal awak skrg! ha bangun pon ! ~ grr pehal la budak shira nie, pagi pagi dah mengada ngada, semalam bukan main bad mood lagi tuu. huh! oh semalam saye bad mood ke? maaf. hehe. kesilapan teknikal tu.


oke, berbalik ke tajuk di atas. ecewahh! macam nak berpidato plak kan. HAHA! Artis wanita Malaysia yang dah semakin daring, berani vravravroom sekarang nie. korang tak percaya? korang dialu-alukan untuk klik SINI utk lihat aksi artis daring. ha klik lah cepat pe lagi tunggu ! eh jap, nie ape lagi yang tersenguk senguk nie, patut lah lambat jea nak klik. oke, korang klik cepat cepat, komfem tak ngantok lagi dah. hehe. korang mesti tengok pe yang shira tengok sekarang nie. hehehe... gelak jahat nie tau! 


hehehehe! gelak jahat ~
haa sudah, dah terlebih excited nie. bila korang dah tengok, korang dialu-alukan jugak untuk koemn kat entri nie. tau? tak nak komen yang bukan bukan, just nak tau pendapat korang jea. hehehe. lagi sekali, saye gelak jahat. ermm tapi tu pun kalu ade yang nak komen lah kan. dengan itu, saye undur diri sekejap, nak tengok aksi daring tu lagi. huhu! tata! wassalam !


pakpongpakpong : saye tak tipu nie tau, betol betol daring nie. cepat klik SINI !! :D

Jumaat, 18 Mac 2011

Korang tau ape beza lelaki & perempuan?

Assalamualaikum

fuuhhH! da lame tak mengupdate blog nie. saye dapat MC daripada Majlis Para Blogger SeMalaysia selama 2 hari :D
sebelum ape ape, saye nak tanye nie, korang sihat? ade demam demam tak? kalu ade, terus pegi hospital tau? almaklum, sekarang nie ade macam macam virus. menakotkan betol. owh yea, ade rindu rinduan kat budak shira nie tak? ;)
cehh! sape nak rindu kau tu shira? mimpi je lebih kau nie! oke trime kaseh, saye paham maksud nye tu :) 
oke cukup lah entri yang serba membosankan nie :D

yeah! beza lelaki & perempuan! korang tau tak? banyak sebenar nye, antara nye korang boleh dapat info kat blog Encik Jamban Comel, and blog E-Sempoi.com. klik je lepas tu korang mesti tau pe beza nye. 

oke, dalam entri kali nie, saye nak tekan kan perbezaan lelaki & perempuan dalam hal meminati seseorang artis. hoh! bunyi macam menarik tak? yeah that's my point. hehe!  perkara nie memang saye sendiri yang lalui, memandangkan saye pernah menjadi page admin mengenai seseorang artis :) ape perbezaan nye? jom bace lagi !

kat sini, saye bagi satu contoh artis tau? tapi tak bermaksud saye betol betol maksud kan artis tu. contoh sahaje oke! hehe. kita tengok abang hensem nie yea :) abg hensem lagi?? actually, memang popular keyword abg hensem nie kat blog sye nie. so that is why saye gune kan lagi keyword nie utk tarik traffic :D  

korang kenal tak sape nie? ape? gambar tak jelas? oke sebentar!
yang nie? jelas? kenal? HA! ini lah SHAHIR :) hensem sungguh kan? hehe.

perbezaan lelaki & perempuan dalam kes macam nie adelah :-

lelaki -
  • tidak menunjukkan minat yang keterlaluan. erm maybe takot di'cop' sebagai gay kot?tu pun kalu artis lelaki lah kan.
  • sering memberikan komen yang membina untuk artis yang diminati. oke, yang nie memang bagos. tanda sokongan yang padu utk artis favorite dia tu kan. thumbs up!
  • sentiasa bersemangat untuk mengadakan majlis tertentu seperti gathering. lelaki yang macam nie boleh dikatakan profesional la kan? bagos jugak nie.
  • tapi, akan mula berpaling dengan mudahnya apabila artis yg diminati tidak melayan si lelaki itu. contoh nye, lelaki tu dgn suke hati nye mengutuk artis tu kat fanpage nye, nie betol betol terjadi tau? 
  • akhirnya, akan mula menghasut peminat2 lain untuk tidak meminati artis tu lagi. memang pernah terjadi nie, tapi nasib baik lah peminat2 artis yg lain tu setia. tak mudah percaya dgn tohmahan :)
perempuan -
  • suka menunjuk-nunjuk perasaannya kepada semua orang. contoh, pegi edit gambar artis tu dgn si perempuan and guna as profile picture kat facebook and last dia bagitau kat sume org, jangan kacau dia, dia bf aku!  hoh? what the fish! LOL. perkara biasa la nie kan.
  • sifat menunjuk-nunjuk nya tu tak tamat disitu je, sampai kat fanpage artis tu pun dia tunjuk meroyan. nie memang kes meroyan meraban yang kritikal lar nie.
  • tak kan melepaskan peluang yang ada untuk berjumpa dengan artis fav nya. mane mane event yang ade atis tu, mesti ade muka dia. konon konon dimana ada si dia, disitu ada aku  la tu kan? LOL!
  • tak kan ketinggalan sikit info pun tentang artis tu, kalau boleh dia akan bertanya semua hal pada orang yang berkenaan. ha yang nie selalu jadi kat saye, ade lah sorang due nie, peminat fanatik rase nye. pantang dia nampak saye online, mesti dia tegur. tanye pasal artis fav dia tu. adoyaii..
  • last, dalam bilik si perempuan nie mesti berlambak lambak segala poster atis fav nya. erm ustaz saye cakap, tak elok tampal tampal gambar gambar yang bukan mahram. no comment :)
oek tu jela antara perbezaan lelaki & perempuan dalam satu sudut. pendek kata, lelaki tu lebih profesional berbanding perempuan memandangkan perempuan nie kan terkenal dengan sifat bunga bunga dan rama rama dalam hati. ye tak? tapi, tak semua perempuan macam tu kot? hehe! oke, sekian saje entri untuk pagi nie.wassalam! :)

all infomations are credit to Encik Jamban Comel and blog E-Sempoi.com
all photos are credit to The Love of SHAHIR FriendsPage

pakpongpakpong : terasa gumbira di hati bila encik jamban comel sudi jenguk blog saye :D

Isnin, 7 Mac 2011

Konsert Pengenalan Mentor 5..memang superb?

Assalamualaikum ! 


Ade tengok Konsert Pengenalan Mentor 5 semalam? memang bombastik boom boom pow kan? memang boleh buat pecah cermin la tu kan..caya lah protege kali nie. superb vravravroom ! :D tp..protege perempuan je la kot? oke, taknak citer panjang2. jom lihat-lihat pasangan mentor dan protege musim nie. mane lah tau, ade yang tak berapa nak kenal lagi tu kan :)

awat la pic nie jadi lagu nie ~


Afdlin Shauki dan Protogenya, Ratnah

Persembahan pertama dimulakan dgn persembahan Ratna yg menyanyikan lagu Tak Ada Logika, yg telah ditukar genre musik nye. at the first place, nampak macam oke oke jea. mungkin neves sgt kot, bila da masuk tang chorus, perhh boleh tahan la! dgn kelainan yg ditunjukkan..ade can jadi juara nie. suara pun boleh tahan. tak sia encik afdlin amek dia sebagai protege :)

Noh Bersama protogenya, Ayish

Protege lelaki pertama yg buat persembahan dgn lagu nye Hapus Aku, nyanyian asal oleh Nidji kowt? tak pasti lar..hehe. Ayish..boleh kata, suam suam je kot? maybe nie 1st performance untuk konsert pengenalan je kan. mane tau lepas nie dorang buat lebih gempak daripada yang biasa. sape tau? tapi nampak nye, ayish harus berkerja keras sebab pesaing pesaing nye cukup mantap 

jadi lagu nie lagi ~
Daruk Sharifah Aini dan Protogenya, Shiha

Shiha sangat profesional ! lagu Hanya Kau Yang Mampu betol betol sesuai untuk Shiha, dgn teknik vokal yang mengegarkan tu..menganga kami tengok hang nyanyi tu tau ! Congrats Datuk Sharifah Aini kerana Datuk dah buat pilihan yang terbaik. untung jugak yang tak terpilih tu kan, dapat pi wat umrah..syukur alhamdulillah dpt tiket free ! btw, fans Datuk Shaifah Aini yg dua orang tu ( Kak Pah and Sheila, kalu tak salah) mmg beruntung la kan.. acik femes woii ! :D



Eddy dan Iqa

Yang nie, memang superb  gilerrr ! tak tau nak cakap ape.. Iqa memang yang terbaik :) tapi, hati hati lah kalu berkejesama dgn KRU. haruslah berdisplin ye Cik Iqa :)


Rahim Maafor dan Aiman

Aiman.. ade pakej. tapi suara..ade yang kurang kot. sama macam Ayish, tak ape lah. usaha lagi. mentor awak tu power tau !


Erra bersama protogenya, Salma



Salma ! most best among the best ! (betol ke ayat aku nie? haha) . suara lantang..mantap sgt. vote for her. eh? haha .

Pilihan saya ::
1. Salma :)
2. Iqa, Shiha, Ratna :))
5. Ayish
6. Aiman 

eh mana no. 3 and 4? tak ade ! sebab best sgt, tak tau nak pilih yg mana :D

sori la kalu gambar nie terbalik ye
sekian, wassalam :)

all photos credit to gambargambarpelik.blogspot.com


pakpongpakpong :  astro tak jadi amik Ahmad Dhani jd pengetua AF9. alhamduliilah :)















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Shopping utk yg TerSayang :)