LIKE disini :)

Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Khamis, 14 April 2011

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung? [SILA KONGSI]

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali [SILA KONGSI]

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

11 jenis manusia didoa malaikat [SILA KONGSI]

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

# 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

# 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

# 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

# 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

# 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

# 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

# 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

# 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

# 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

# 10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

# 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Isnin, 11 April 2011

Hikmah Mengambil Air Wuduk | SILA KONGSI





Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Penjelasan 1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan 2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.

Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini."

Penjelasan 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.

Penjelasan 5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”

Penjelasan 6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Penjelasan 7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

Penjelasan 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna.

Rujukan :

http://islam.dunyahalal.com/

Jumaat, 8 April 2011

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. [Sila Kongsi]

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. [Sila Kongsi]

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Hukum Cukur Bulu Kaki

Assalamualaikum!~ yeah entri kali nie agak berilmu sikit, sbb saye membicara kna tentang Hukum Mencukur Bulu Kaki . erkk knp formal sgt nie? oke tett! tukar mode! Semalam lepak chill kat satu group di Facebook group Majlis Ilmu - ade satu post nie, memang menarik perhatian lah.  ade sorang fb user nie tny, ape sebenarnya hukum mencukur bulu kaki bagi perempuan. jangan tanya kenapa saye berminat dgn post tu oke -.-" 


so, saye dengan rajin, semangat, tulus, ikhlas dan tekad nie mula menggunakn khidmat encik google utk cari artikal2 yg berkaitan..saye dah jumpa. banyak! bukan satu. and kebanyakan nya bagi pendapat yang berbeza. tapi kat sini, saye tunjuk kan satu artikal yang boleh dipercayai dan terdapat di majoriti website yang saye selongkar semalam. check this out!~



Secara umumnya , sebelum kita mengikuti dengan lanjut jawapan ini , marilah kita lihat terlebih dahulu apakah sumpah dan janji Iblis (LaknatulLahi ‘alaih) di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Kata Iblis terlaknat :
وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
Ertinya : “( Kata Iblis l.a ) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata “. ~ Surah An-Nisa’ : Ayat 119 .
Jelasnya , di antara sumpah dan janji Sang Iblis durjana ialah :  “ Memujuk-mujuk hati manusia agar mengubah ciptaan Allah !!! “.
HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI LELAKI :
Seseorang lelaki dilarang sama sekali mencukur bulu kaki dan bulu roma kerana itu termasuk di antara peniruan ( meniru ) terhadap wanita-wanita . Walhal Baginda Rasulullah s.a.w melarang kaum lelaki meniru kaum wanita dan wanita meniru kaum lelaki . Sabdanya :
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Ertinya : Dari Saidina Ibnu ‘Abbas r.a beliau berkata : “ Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru kaum wanita dan melaknat juga kaum wanita yang meniru-niru gaya kaum lelaki“ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari r.h.
Mencukur bulu kaki dan bulu roma merupakan salah-satu gejala kekosongan jiwa yang dialami oleh kaum lelaki khasnya ketika baru memasuki usia akil baligh . Di waktu itu , ada di kalangan mereka yang mencuba segala benda yang baru , mencuba-cuba memakai pakaian kaum yang berlainan jenis dengan mereka dan berbagai lagi perkara-perkara baru yang mereka cuba ceburi . Si ibu-bapa , guru-guru dan kakak-abang perlulah menasihati seseorang yang mengalami gejala seperti ini dan menuyuburkan hati-hati mereka dengan “ siraman iman “ .
Kaum lelaki haruslah waspada dengan gejala seperti ini . Tinggalkanlah apa yang dilarang dan lakukanlah apa yang diperintah oleh agama kita . Yang jelas , mencukur bola roma dan bulu kaki tidaklah dituntut dalam agama kita bahkan dilarang pula . Yang dituntut pula ialah mencukur bulu ari-ari yang tumbuh di sekitar kemaluan , mencukur bulu ketiak , memotong bulu hidung , menipiskan dan merapikan misai serta mengemaskan janggut .
HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI KAUM WANITA :
Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Ertinya :  Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah“ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .
“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .
Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .
Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas.
Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .
HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri
Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA !!!
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
**************************************** RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1- HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha ) Terjemahan : Almarhum Ustadz Mua’ammal Hamidy Edisi Lengkap , Halaman : 136 - seterusnya PT Bina Ilmu , Jakarta
2 - YASALUNAK FID DIN WAL HAYAHOleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syurbasi ( rh ) Vol I , Halaman 601 – 604 Darul Jil , Beirut
3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIAH Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil ( ha ) [ Bekas Mufti Rep. Arab Mesir ] Halaman : 459 / 573 / 622
4 – FATAWA WA AHKAM LIL MARAH al-MUSLIMAH Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha ) [ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ] Halaman : 146 – 153 Maktabah Wahbah , Kaherah
5 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha ) [ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ] Vol : I ms 121 , Vol : II ms 410 & 411 & Vol III ms 218 Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah
6 – MA’A an-NAS : MASHURAT WA FATAWA Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouty [ Dekan Jab. Perbandingan Agama , Universiti Damsyiq , Syiria ] Halaman : 179 Terbitan : Darul Fikr , Syiria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Shopping utk yg TerSayang :)