LIKE disini :)

Jumaat, 16 September 2011

Jawatan Kosong : Teman Lelaki Diperlukan SEGERA!!!



JAWATAN KOSONG!
TEMAN LELAKI UNTUK DILANTIK!

VACANCY!
BOYFRIEND FOR HIRE!

HAH! Terkejut kah anda? Mendengar (eh silap..) , membaca tajuk entri yang agak vravravroom nie?

Jangan terkejut, perkara ini BENAR BENAR terjadi !
terjadi dalam pelbagai peingkat usia, tak kira remaja (budak skola..dlm erti kata lain), belia, dewasa, atau pun makcik pakcik yang dah nak menjadi warga emas tu.
ini serious.

oh ye, sebelum terlupa, sebenar nya entri nie berbentuk umum ye, bukan ditujukan khas untuk kaum hawa je, memandangkan tajuk entri tu tertulis 'Teman Lelaki' aje, takde tulis 'Teman Wanita'
hehe.
oke kiter sambung.

Dalam kehidupan nie, dah memang Allah SWT jadi kan hambaNya berpasangan, kita faham dan akui tentang itu, betul kan? (angguk cepat..)
tapi kadang-kadang, kenapa ye saya selalu terjumpa dengan seseorang yang tak boleh hidup single, mingle, solo dan molo?
saya sangat sangat tertanya tanya pasal persoalan ni.
ada sesetengah org tu, beliau dah mengalami satu pengalaman agak ngeri dengan pasangan sebelum nya, tapi kenapa selepas berpisah dengan pasangan tersebut, beliau masih tidak serik untuk mencari pengganti?
perlu sangat ke untuk mencari teman istimewa? tak cukup ke dengan apa yang dah ada sebelum nie?
hurmm.mungkin beliau masih belum cukup enjoy?
biasa nya 'beliau' yang selalu ada dalam situasi nie adalah seorang yang dah pernah berkahwin dan mempunyai keluarga atau dalam kata erti lain, beliau dah dewasa larh..
kadang kadang kiter pikir, takpe lah kot beliau macam tu? dia dah dewasa, boleh pikir sendiri?

kes lain plak,
remaja. budak sekolah. budak baru nak masuk kolej.
macam mana ni?
kenal dalam myspace atau facebook 1 jam, sayang 1 hari, cinta 1 minggu, couple 1 bulan, lepas tu putus. nangis beriya-iya, kalau boleh banjir rumah dia, dah lama banjir. tapi, dalam masa 2 minggu kemudian, jumpa couple baru?
aiseimen. lu kenal, sayang, cinta, couple apa tu dik?
ada yang lagi teruk, dalam couple 1 bulan tu, adoii parah !
'U tak boleh kawan dengan jantan tu lagi, I tak suke! I tau jantan tu nak rampas U daripada I!'
'U sayang I kan? bagi lah I rasa u sikit?sikit2 je'
tu baru 29 hari, masuk hari ke 30 - 'U, I rasa kiter tak sesuai lah, kiter putus je larh k? bye'
ha macam tu je. senang giler cinta zaman sekarang nie.
boleh testing try pandu uji dulu, kalau nak..ambik. kalau tak nak? campak larh..apa lagi. puii!

tapi apa apa pun, bukan lah saya bersusah payah menaip entri nie untuk mengutuk mengata kalian ok, saya tau..ada yang tulus ikhlas kat luar sana tu. saya faham.
cuma segenlintir hamba Allah nie, pemikiran nya agak tak boleh pakai sikit. tak tahu lah kenapa.
harap harap saya tak jadi macam tu nanti. amin ya rabbal al amin.

itu saje.
terima kasih sebab sudi membaca. sekian !
assalamualaikum !

Isnin, 12 September 2011

4 Instant Messenger untuk Handphone Korang!

Assalamualaikum!!!
dah lama kita tak jumpa kan?
apa kabar kalian?
mesti lah sihat kan?
kalau tak sihat, tak kan ade nye korang nak menghadap entry dari blog miskin aku nie
kekekekeh

okelah, kita teruskan ke tajuk asal yea?
4 Instant Messenger yang patut korang ada supaya korang boleh live chat on facebook via phone mahal korang tu jea!
sungguh nie (bagi yang dah tau, alhamdulillah..tapi pasti ada yang tak tahu lagi kan?lumrah manusia tu beb) !

oke, next!

1- eBuddy
kalau korang nak guna aplikasi IM nie, korang perlu install terlebih dahulu and register on this site. mudah jea keje nye nie, lepas korang dah register, now korang boleh sync kan account facebook korang yang ade 5001 friends tu ke account eBuddy yang baru korang reg kan tadi. akhirnya, korang bleh lah chat dgn sape2 pun guna phone jea, tak pyh susah2 on lappy/pc utk online lagi :) 


2- Nimbuzz
aplikasi IM NimBuzz nie pun menarik jugak, lebih kurang sama mcm Yahoo Messenger,  tapi boleh chat live kt fb, twitter, myspace, and skype jugak kot (tak pasti sebab dulu penah download tapi tak guna..hehe)



3- Migg33
oke, aplikasi IM yang nie agak pelik sikit, sebab nama nye pun kurang familiar dalam kalangan kita kan, saya sendiri 1st time mendengar aplikasi IM nie. hehe.
apa yang seronok nya dengan aplikasi nie? hah! good question! hehe.
dengan aplikasi nie, korang bukan jea boleh buat voice call kepada Migg33 member jea, tapi outsider pun boleh! murah jea kos nya, tak kira masa, tempat dan di mana2 saje! kekekek..nak SMS kawan2 pun dengan flat-rate jea. so, kita bleh kata aplikasi nie bagus lah kan? hehe


last one!

4- Skpye
aku rasa korang pun dah biasa sangat dgn skype nie kan? so malas lah nak ckp byk2. bagi siapa yang tak ada tu, sila kan download dalam kadar sepantas kilat k? hehe



oke, itu saja untuk entri pertama selpeas hampir 3 bulan bercuti panjang.
sampai bertemu lagi!
assalam!

Khamis, 23 Jun 2011

Blog HeyShira! ilham rancangan Astro?

Assalamualaikum!~ yeah jumpa lagi..kecing kecing! haha. hari nie ada citer hot nak bagi tau nie. tengok title jea mesti korang dah terkinja kinja nak tau? ye ke? -.-"
alah takpelah, kalau korang wat dunno jea pon, tak ape.nak citer jugak :)

korang ada astro kat rumah tak? komfem ada kan walaupun bil astro makin meningkat skrg ni. bencik tol! tapi, pada yang takde astro kat rumah tu, korang jangan rasa kekurangan plak, korang tu lah yang lebih daripada kitorang yang ada kuali kat bumbung rumah nie tau. pasal apa? pasal duit korang tak abeh dok melabur kat tauke astro yang untung juta juta tiap bulan tu!

oke stop merepek-repekan.
semua tau yang Akademi Fantasia 9 dah lama pun habis kan. semua orang tau yang juara nya adalah Hazama kan. and semua orang tau jugak yang setiap juara AF tu mesti ada rancangan susulan drpd kejuaraan dia tu kan, alah macam Diariku..SHAHIR :) 
ha! kat sini nak bagitau, tajuk rancangan terbitan astro tu kan Hey Hazama! kan? oke, next..pe nama blog miskin nie? cer teka cer teka. hehe. nama blog nie ialah Hey Shira! awal2 ampa masuk blog nie, mesti dah terbaca kat header tu kan. hehe.


so, nak heboh sikit lah kan sini yea, astro nie mendapat ilham untuk tajuk rancangan tu adalah daripada blog miskin nie.! blog miskin nie dah tak miskin dah! dah kaya, sebab dapat royalti 6 episode! terima kasih banyak2 yea pihak astro, atas jasa baik astro sebgi mengantikan royalti 6 episode tu, kitorang buat deal. aku tak payah bayar sewa kuali selama 2 bulan!

serious aku tipu!!!

hehe. ada yang percaya? jangan marah :)
tu jea nak merepek hari nie. bye bye :)

Jumaat, 10 Jun 2011

Gitar dan Akustik | nak main gitar online tak?

Assalamualaikum!~
alhamdulillah kita jumpa lagi hari nie. suka tak suka tak? angguk lah untuk jaga hati aku. *gedik*
ok, sempena hari jumaat yang berbahagia bukan berbahaya nie, aku nak cakap pasal gitar, dan akustik.
umum tau pe tu gitar kan? pe tu akustik kan? alah tak tau ke?
alahai. gitar lah..kuih yang macam lepat pisang tu, tapi dia macam kuih apam plus donut. akustik tu plak nama hamster anak rozita che wan. tau kan? tipu je lah kalau tak tau.
kita kan rakyat malaysia yang aman makmur walaupun PEKIDA dah bagitau nak saman Syamsul Yusof and Farid Kamil. haha. *ape kena mengena nie?*

cukup cukup. sebelum korang melangkah pergi, lebih baik aku stop merepek. bukan lawak sangat pun kan? mesti korang menyampah kan. oke lah. back to topic.

image credit to syedgraphix.com
semalam. ingat tak semalam? semalam adalah hari ulang tahun Les Paul. siapa kah itu? errrr tak pasti lah. namun, bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran Les Paul. pihak Google begitu baik hati sehingga buat webpage dan doodle khas tau. haa...korang mesti gila main gitar kat google.com semalam kan? tau dah.. aku pun sama. walaupun aku ni memang tak reti langsung main gitar, tapi nak jugak lah merasa petik gitar tu kan. hehe.

sebenarnya aku bukan lah nak cerita apa pun, just nak bagi korang dengar satu lagu nie, memang menyayat hati lah beb. dia main lagu tu dengan gitar, sebab tu lah aku buat cerita gitar as intro. best lah jugak. aku sarankan korang pergi ke web nie : kongsicintadotcom .
ha pergi ke web tu, dan dengar lah. please ok, demi cinta. haha jiwang sudah.

baiklah, sampai sini je penulisan mengarut aku. sebab aku ni bukan pandai sangat buat ayat, makin merepek nanti, korang lari laju laju plak. so akhir kata, rajin rajin kan jari untuk klik link yang aku bagi tu k [kongsicintadotcom]. ok, wassalam.. take care and be awesome!

p/s : sebelum terlupa, kepada korang yang teringin nak main gitar macam kat google semalam tu. korang still ada peluang lagi tau, klik link nie : andyhowtt.gapuranetwork.net 

Who Says?

Assalamualaikum!~ haiii pe kabo oi orang kampung? lamo dah kito tak jumpo, yo tak mak jemah oii? amboi mak jemah..sibuk melayan hazama, sampai tak perasan den bagi salam ni haa.. ish ish ish.. hehe.
udah lerr. dah lama kita tak bersua laman blog, tiba tiba jea saye buat onar. korang mesti panasss gila kan? relax relax. sabar itu separuh dari iman, ye kawan kawan :)

oke, siapa kata? who says? oh yea, nie bukan tajuk lagu Selena Gomez eh. tapi saya tanya kat kalian, siapa kata? siapa kata apa? apa yang siapa kata tu? kata siapa apa? haha. cukup! jangan kelam kelibut lagi yea. kita berdamai jom mok :D

kita kat sini cuma nak kabor kan, yang siapa kata smartphones tu mahal. tu je. nak baca, dialu-alukan. tapi kalau tak mau, aiihhh sila lah keluar yea. tu chat facebook kau dah bunyi bunyi ketung ketang tu. de orang panggil kau tu. pergi cepat :D

oke, berbalik pada tajuk kita. siapa kata smartphone tu mahal? tak mahal tau! ada smartphone bundle kat malaysia yang aman makmur nie yang semua orang mampu beli tau! serious. ini serious! kau tak percaya? tak pa takpa. kau klik link ni : smartphone murah murah dot com .
eh klik! jangan tak klik. bila dah klik nanti, bukan kau je gembira. aku pung gembira sama. pasal apa?
pasal rate ringgit aku naik lagi. dah lama tak menabung ni. bulan dua belas nie aku dah nak pi sambung mengaji. nanti tak dok duit belanja plak kan. hehe. klik tau? janji tau? oke muahh!

kita pegi dulu tau? nanti ada masa, kita jumpa lagi. tata!
wassalam!~

smartphonemurahmurahdotcom

Khamis, 5 Mei 2011

Dan akhirnya...

Assalamualaikum!~ dah lama menghilang kan? dah kurang ada masa untuk menghadap skrin komputer nie, lagi lagi start minggu depan, 9 mei. kenapa? jap lagi saye citer. hehe. sebelum tu, nak tanya..ada ke yang menyinggah ke blog miskin nie ketika saya tak ade? cewah ayat sekmatik tol. hehe.

O yeah... nak bagitau nie! esok keluar lah keputusan yang ditunggu tunggu oleh para lepasan spm 2010 nie..yakni keputusan UPU. hoho! setelah sekian lama menanti, akhirnya tiba jua kan. hahaa.
mesti eksaited gila tomato kan? eh mesti lah ! hehe.

tapi saye dah buat keputusan,
saye akan masuk ke form6 dulu kalau tak dapat tempat di IPT esok sementara menunggu keputusna politeknik 22mei nie, harap harap dapat. amin! doa doa kan yea? plish plish plish...grrr!

Ahad, 1 Mei 2011

Hey! DIA Datang!

Assalamualaikum && salam sejahtera! ~ terasa kekok lah plak, almaklum dah lama tak mengupdate di blog miskin nie. ahaks. kenapa saye ber-ghaib-ghaiban dgn tiba tiba jea ae? bertunang ka? berkahwin ka? berkhatan ka? oooppsss! haha. tak ade makne lah semua tu. saje jea nak berehat untuk sementara.

ini hanya satu entri pendek untuk bagitahu kat readers semua yang saye akan sambung cuti untuk berapa hari lagi. hehe. bukan apa, nak cari ilham kat gunung kinabalu jap. wuwuwu~

sekian ea ae, tata!

Rasa-rasa macam...

Rasa rasa macam...uummmpphhh! rasa vanilla coke! hehe.
Assalamualaikum yea ahli readers :) ade satu berita nie, sebenarnya dah lapuk, semua orang tau buat nie. tapi, saye nak cari sedikit income money dari benda lapuk nie.

ade paham? tak paham ke? oke, saye jelaskan.

actually, saye nak amik tempahan buat banner.
see, lapuk kan? orang lain boleh buat sendri tau? yea saye tau. tapi dalam semua orang tu mesti ade yang masih tak tau buat atau tak ade mase nak buat banner blog sendiri kan?

so, saye nak tolong buat kan. disamping tolong korang, saye boleh improve skill saye menggunakan photoshop etc. boleh yea? tentang bayaran. tak lebih dari rm6. berpatutan tak? depends on ape yang korang mintak lah kan. boleh?

kalau ade ape ape ape, boleh contact saye di facebook atau twitter. tak pun di skype, search : shira.hashim

Khamis, 28 April 2011

Matriks? UPU? Politeknik atau KPM?

Assalamualaikum!~ helo helo ape kabar? boleh ku bantu? ape masalahmu, tiada sakit yang tiada ubatnya. akan ku carikan penawar. haha. ceria sikit lah wey pagi pagi nie. ape muka monyok tonyok tu? nie mesti tak mandi lagi nie kan? ish ish ish!~ hehe.

cukup lah tu. malas nak mengarut lagi :p

Hari nie, hari semakan tawaran ke kolej matrikulasi.
dan jawapn untuk semakan saya sendiri adalah - Maaf, anda tidak berjaya - feel sad, tapi tak ape lah. tak ade rezeki. lagi pon dah ada tawaran yang dipikir-pikir akan diterima :) lagi pun, keputusan saye tak cemerlang mane pun.  tak macam best friend saye yg sorang tu. 7A. mesti dia dapat pegi matriks kan? envy -.-"

by the way, korang korang yang belum semak lagi, bleh klik image di bawah :)

Part nie plak, nak menceritakan kat korang yang saye tengah confuse konfias kat sini.
saye ade dpat tawaran dari Kolej Profesional MARA. korang tau kan ape tu KPM? KPM nie kolej bantuan penuh kerajaan. sape sape yang belajar kat situ, akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA. course yang saye dapat kat KPM tu memang menepati citarasa lah. Diploma in Accountacy.  Eventhough Prinsip Akaun mase SPM dapat credit jea, tapi tak kesah lah. asalkan dapat sambung belajar and ade peluang cerah di masa hadapan. 

The problem is, pengesahan penerimaan tawaran dari KPM mesti dibuat sebelum 21st of May! keputusan dari Politeknik plak 22nd of May! kalau UPU tak dpat, saye lepaskan tawaran KPM, dibuatnya Politeknik pun tak dpat. ah sudah..melepas. macam mane nie? 
perkiraan saye sendiri, kalau dah tak dapat tawaran dari UPU, saye terus ke KPM. tak nak tunggu Keputusan Politeknik lagi dah. betul ke macam ni? boleh ke? kalau korang de pandangan korang sendiri, boleh lah bagitau saye yea. mohon jasa baik tuan puan. hehe. formal lah pulok.

Isnin, 18 April 2011

Bila Blogger FAMOUS menerjah Blog MISKIN | mentollampu!

Asslamualaikum!~ hoyea kita berjumpa lagi panjang lagi jodoh kita yea. alhamdulillah. doakan berpanjangan sampai bila bila yea. haha. macam ejen cari  jodoh pla rase nya. oke suda cukup dengan rapuan dan repekan serta karutan. jom kita go straight , jangan belok belok lagi da.

YEAH blogger famous amos datang menyinggah di blog miskin saye nie. sangat terharu tau. sungguh tak sangka lah. almaklum blog saye nie blog miskin. ape jea lah yang ade kan. nuffnang pun baru collect 65sen jea. hehe. ape kena mengena plak kan? haha. 

actually, saje jea nak bangga diri jap, cuz blogger yang saye adore jenguk jenguk blog  saye nie. bukan ape pun. tapi tiba tiba terpikir nak olah pasal nie. cuz selalu nya, kita pikir..blogger otai atau famous tu tak jenguk langsung blog korang ye tak. padahal korang giat bersusah payah merentas kolam renang olimpik untuk melawat blog dorang, komen entry entry dorang kan. metafora.

jadi, saye dengan penuh ke-eksaited-an nye nak bagitau kat korang yang blogger famous - Solihin Zubir dan Budak Lelaki Sebelah Pintu - mengunjung balas kunjungan saye! hoh! jakun nye saye? alah biasa lah. saye kan budak baru belajar di luar pagar. memang lah macam nie gaya nye. hehe. saye memang adore dorang nie tau. kenapa yea? sebab kedua-dua blogger nie selalu menghasilkan entry yang brilliant. suka sangat. eh korang tak percaya ke dorang datang menjengah? oke tak ape, tengok nie :-

yang dalam bulatan tu, encik SZ. 1st networkedblogs follower sy :)
yang dalam bulatan tu, encik sz follow blog Hey!Shira!. yang ke 133! :)
dah follow tu, encik sz siap komen entry saye lagi tu. terharu nye!
ha tengok! da percaya ? alhamdulillah. tapi ade lagi satu kan? budak lelaki yang muka ala Azam Pitt tu, jangan dilupa :) tengok nie :-

dalam bulatan tu lah encik budak lelaki :)


yeah yang dibulat2 tu lah fokus saye dalam entri nie. anda kenal mereka? tipu lah kalu tak kenal. hehe. image di atas di screen shot kan dari nuffnang. saye tak tau lah kalu nuff tipu tipu saye lagi ke ape, tapi nuff betol betol dah buat saye terbang sebentar nie. tak bagi duit pun takpe! haha. melampau nye. metafora jea lebih. oh yea, yang lain tu terpakse dikaburkan untuk menjaga hati , maaf yea :)

akhir kata, conclusion yang bleh kita buat kat sini adalah - jangan pikir blogger otai tu tak kunjung balas ke blog kita, dorang berkunjung jugak tapi tak sempat nak tinggalkan jejak. almaklum, blogger famous kan. banyak lagi blog nak dikunjung balas. - yeah sekian saje, wassalam ! take care and be awesome ! klik-klik lah nuff, heartbeat and SAYS.my tu yea :)


pakpongpakpong : terima kasih banyak2 kat 28 org yang LIKES blog saye di fb! :)

Shira MENTOR dan Shira S*KS?? | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ chak chakk chakkk! haha.. dah lame tak jumpa korang kan? kan kan kan? jumpa ke? ahh make it easy lar..korang masuk blog miskin nie, kira nye korang berjumpa dengan shira lar tu. adoii mak. hehe. eh korang pe kabar ae? semalam tengok mentor tak? ratnah the best wook! haha. dah dah dah..cukup lah. korang pun dah nak berangkat pergi tu kan..tau nye. huh! sampai hati engko. wuwuwu~

OH yeah, sebut pasal mentor. ade satu citer nak gitau nie..boleh kata lawak lah kot. kat mentor 5 sekarang, ade protege baru tau! name nya SHIRA. sila percaya sekarang oke. kalau tak percaya, anda akan diluku-hendap. macam mane tu? tanya cikgu tadika Fazura punya jiran punya sedara :D tak nak percaya jugak? oke tak ape, korang tengok nie :-

sila abaikan circle kaler pink tu. nie image recycle :D
ha nampak?? shira mentor! ternyata benar kan? hehe. tettt!~  korang rase tertipu ke? maaf lah. saye tak cakap pun memang betol-betol betol. huhu. jangan marah tau, nanti saye hantar kat lelong dot com jap lagi. hehe. eh macam klakar kan? mesti keyword writer nie typo. nak taip shiha tertaip shira. by the way, thanks lah yea! cuz tersinggah blog miskin nie,. datang lagi tau! ^^,

YEAH tu yang kelakar, sekarang nie nak citer something yang annoying plak. ishh! marah betol nie. ade ke patut? patut ape? eh patut ke ada orang tak bertamadun tu pegi cari shira s*ks? ahh korang sendiri tau lah ape tu. mencik mencik! macam mana bleh tersangkut kat blog miskin saye nie pon tak tau. tengok nie :-

grrrrrr!~
kepada sang durjana nie. sila lah taubat cepat2 daripada korang sibuk2 mencari benda benda macam tu, lebih baik korang pegi cari artikal2 berilmiah sikit. s*ck tau! grr!~ kesian blog miskin ku nie, jadi mangsa kepada manusia begok macam dia. marah nie tau..marah!

Khamis, 14 April 2011

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung? [SILA KONGSI]

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali [SILA KONGSI]

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


aha!
abg ben menggegar lagi
nak join?
sila klik link di bawah
14.4.2011 - 17.4.2011

11 jenis manusia didoa malaikat [SILA KONGSI]

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

# 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

# 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

# 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

# 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

# 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

# 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

# 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

# 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

# 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

# 10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

# 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Tutorial untuk sign up SAYS.my

Assalamualaikum!~ sekarang saye nak bagi tau cara cara nak buat akaun dalam SAYS.my. memang ramai blogger yang dah buat tutorial nie. saye pun nak buat jugak, memandangkan SAYS.my skrg nie dah melonjak naik kan. actually, shira dah lame ade akaun SAYS.my nie..dah 1 tahun kot. tapi baru baru nie jea shira aktif berkempen dgn SAYS.my. hehe. ok jom kita bertutorial skrg !

sebelum ape ape, korang sila klik link di bawah

lepas tu, tengok gambar2 di bawah :)

1
2
yang nie kalu korang penah ade akaun says.my sblm nie
3
4
5
ok done ! lepas sume tu korang jumpa mcm kat bawah nie


tu jea :)
kalu tak paham, tanye jea yea :)





Girlfriend Justin Bieber - Selena Gomez Lepak dengan Nick Jonas


Assalam!~ yeah pagi pagi nie kita gosip dulu oke, haha. SELENA GOMEZ LEPAKing DENGAN EX BF, NICK JONAS! wah. haha. aipp sebelum tu, nak bagitau shira bukan peminat JUSTIN BIEBER and JONAS BRothers. dua dua JB nie tak minat la :) amboi shira nie skrang asik gosip-gosipan je kan. ishh.

relax, kita nak chill jap jea. lepas tu, korang jangan lupa baca entry berilmu. sila klik label ilmu. hehe. ok, terus ke cerita selanjutnya. yeah, media barat cakap, dorang nampak si selena nie hang out dengan Jonas Brothers star , Nick Jonas. and paling menarik is, selena gomez cakap Nick was a lovely guy. - ayat penuh : Nick is a very good friend. He’s a lovely guy, we’re good friends and I enjoy his company! -


curang ke Selena Gomez nie? ahha. tak tau. lantak korang ler. aku tak kesah pun. saje nak kepochi pasal nie cuz nak buat Bieber fans marah. wekks! mcm budak budak! dah lah, nak pegi tunaikan kewajiban dulu. tata!



Rabu, 13 April 2011

MATCH REPORT - CHELSEA 1 - MAN UNITED 2 | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ eh tak ade nak woot woot sangat pagi nie ae. ngade ngade kau nie yea. tak ade mood nie. tempeleng kang. haha. tibe tibe jea kan. Semalam 2nd leg match CFC vs MUFC - CFC 1 - MUFC 2 (3-1 on agg) - wuwuwuuuu!~ ahh cukup, tak payah nak emo sangat lah. hehe.


Penjaring gol CFC adalah Didier Drogba. nasib baik ada saguhati tu. tapi macam mana pun, manchester united menang dgn 2 gol yang dijaringkan oleh Hernandez and Park. tahniah lah. booooo!~ 

untuk info lanjut, korang leh g ke link nie >>

Selasa, 12 April 2011

Azam Pitt? adik beradik Brad Pitt ke?


Assalam!~ saye mengupdate lagi :) nak citer pasal Azam Pitt pulak. hehe. almaklum dia nie macam pisang goreng panas hari nie, cuz baru kuar kat MHI pagi tadi (thanks cuz memampangkan saye kt tv hari nie). mesti traffic naik mencanak nie. HEHEHE. gelak jahat.

1st of all, Azam Pitt tak ade kaitan dengan Brad Pitt, Berat Pitt atau pun Ringan Pitt. Azam Pitt is the only Azam Pitt yang berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang, kalu tak salah. 2nd thing, Azam Pitt adalah bekas peserta MyStarz LG TV3 musim berapa tah. kat gambar atas tu tertulis MSLG3. musim 3 lah kot. ade ke? tak tau. tak layan MyStarz. huhu. maap maap maap. 3rd. Azam Pitt ada melakonkan satu filem pendek bertajuk Chukang. keje kat pusat urut gay. woot woot!~ korang bleh tgk filem tu kat YouTube.

apehal budak shira nie tetibe tertarik nak buat entry pasal Azam Pitt? pasal dia hensem? tett! salah! honestly, sebab lagu dia best! DEBAR. tu lah yang saye suke tu. kualiti yang penting. rupa campak tepi. haha. keji. tak ade lah campak tepi, i mean rupa tu jatuh nombor 2,3,4 takpun 5. lagi pun, suara vokal azam pitt nie okelah. bleh tahan. tak caye? korang dengar lah sendiri :)



Debar by Azam Pitt

ha yang nie plak, filem pendek yang dilakonkan Azam Pitt.
saje je tempek sini, tak nak menyusahkan korang g cari2 kt Youtube tu. nanti korang jumpa benda lain plak.
hehe.

part 1

part 2

enjoy it! :)
sekian saje,
until then, take care and be awesome!
wassalam!~

pakpongpakpong :  muka Azam Pitt macam iras iras blogger femes amos, Hizami Rahim kan? :)


UPDATE : Nama sebenar Azam Pitt adalah Ahmad Azam bin Pitt

Cubaan Lady GaGa menghasut remaja Malaysia | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ selamat pagi, selamat bekerja, selamat hari selasa, selamat membaca entry :) yeah. Cubaan Lady GaGa menghasut remaja Malaysia. maaf saye tau saye dah lambat untuk update citer nie, tapi..apedehal. nak update jugak psl nie. bukan semua orang dah tau kan? termasuk saye sendiri :p

baru baru nie, seluruh stesen radio di Malaysia telah diarahkan oleh pihak berwajib untuk menghentikan sebarang pemasangan lagu Lady GaGa. Ini kerana kebanyakkan lirik lagu GaGaK nie terutama yang terbaru,  Born This Way betul betul melampau apabila cuba memesongkan akidah remaja di Malaysia.

Ha lepas tu, GaGaK tu pun naik hantu lah bila dapat tau pasal nie, kat bawah nie ada keratan akhbar pasal ulasan GaGak :-


menyampah betol lah dengan Lady GaGa nie sekarang. siriyes menyampah habis. lps kuar lagu Born This Way tu makin daring mamat mamat gay kat Fesbuk. tah ape ape lah. dunia akhir zaman. negatif tapi realiti.

Celcom Kolony - Ape Harem Jadah Benda nie?


Assalam, selamat malam, selamat membaca entri :) tak nak bebel manjang, nak straight to the heaven jea, eh..i mean straight to the point. hehe.. kalu psl go to heaven, tak yah citer. mmg idaman qalbu :) 

oke, sume dah tau simbol kat atas tu ape menda kan? yeah! tu adalah simbol pelik yang kita semua dok tertanya tanya lately nie kan - Celcom Kolony - sebelum nie, ramai blogger yang tak caye dgn propaganda yg selalu jea muncul kat tivi, tepon, radio, internet, pejabat pos, warung pak jabit dan blablabla . sampai ade individu yang cakap, jgn terpengaruh dgn simbol tu! mcm simbol elien jea! aku nak tergelak gak bila ada yang menegah sampai macam tu. haha.

actually, Celcom Kolony nie adalah the latest product of Celcom. boleh kata Celcom Kolony
nie adalah the new SMS-based social network yang bleh menghubungkan kita and friends. kira mcm facebook lah, tapi tak payah connect kan broadband korang yang lambat cam siput sedut tu untuk berinteraksi dgn members. kolony nie memang cepat dan pantas serta mendapat liputan yang tak ade batas tau. dikhabarkan, skrang dah lebih 1juta join venture benda alah nie..

ha lepas nie ade 5 words yang akan jadi part of your daily lives - DING, BOMM, FREN, POPP and KOINZ - ha ape haremjadah lak benda ding bomm mak datuk nie? alah kira nya nie lah keywords untuk korang gunakan nanti. cara cara nak guna nya plak, jap saya tunjukkan :)

ha nie saye copy and paste jea, kalu tak reti bahasa inggeris, plis rujuk google translate, atau tanya saya yea :)



To get started, just send KOLONY to 25333. (You just need to have an Xpax, U.O.X., S.O.X. or Celcom mobile number to join!)
After you get your nickname, check out some of the ways you can socialize on Kolony:
DING – Ding your buddies and leave them a message to cheer them up.
Send KDING to 25333
BOMM – Have an update to share? BOMM it away to all your FRENs!
Send KBOMM to 25333
FREN - FREN for life? Make as many as you can in Kolony!
Send KFREN to 25333
POPP – Get to comment on what your buddies say!
Send KPOPP to 25333
For even more cool activities in Kolony, just send KHELP to 25333 to get a full list of keywords that you can use to explore the rest of the world of Kolony!


oh yea, buat masa nie.. Kolony menggunakan sistem KOINZ. setiap pendaftaran baru korang akan dapat 500KOINZ and setiap topup pun akan dapat Koinz and boleh guna utk Kolony.


oke, tu jea utk malam nie. nanti nanti, kita update lagi yea :) until then, take care and be awesome! wassalam :)

pakpongpakpong : Kolony nak challenge Hot Ticket kot. biasa lah tu :)

UPDATE : Celcom Kolony nie mcm twitter jea !
tgk image di bawah!


Isnin, 11 April 2011

Siapa yang GATAL sangat dalam Malaysia ni? | kerepekpisang!

Assalamualaikum!~ waaa title entry macam nak mengamuk jea? sabar sabar. bak kata johan - sabar subur, tak sabar masuk kubur - apa yang subur? sayur bayam belakang rumah dia. haha. oke, cukup dengan intro karut kerepek pisang nie.

korang nak tau siapa yang gatal? and apa hal saye cakap gatal? tengok nie :-

Keywords minggu ke3 mac

keyword minggu ke4 mac n awal april
terkini !

p/s : traffic blog saye mmg tak tinggi mencanak mcm korang
ha hampa tengok ! berapa ramai yang kalut dok carik blog abg hensem dalam malaysia nie? awat nya depa jadik lagu nie? eh hampa ghasa ghasa la kan..nie sume keja perempuan ke lelaki? tett! dah sementara hampa dok pikiaq tu..saya undur diri dulu la naa..guruh petir segla mak datuk ada nie. sat g meletop lak pc nie. sekian, wassalam ! :)

UPDATE : nak cari blog abg hensem? klik nie >> abghensem.blogspot.com and abangensem.com :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Shopping utk yg TerSayang :)